Monday, September 27, 2010

esok pergi Shah Alam



ini malam last i dekat rumah. i pergi Shah Alam esok and spend satu minggu kat sana and terus pergi India. entah bila boleh balik lagi T.T sejak dapat offer letter kan kan, i sangaat penat sebab banyak gila benda nak settle. pergi cari orang itu orang ini and esok nak pergi pun borang tak siap lagi -.- tinggal lagi kena tandatangan depan pesuruhjaya sumpah. siapa pesuruhjaya sumpah pun i tak tahu, err.


barang semua dah siap kemas kot. sebenarnya kan kan, bag macam tak muat T.T tapiii tak sedar diri, nak jugak pergi shopping lepas orientasi nanti hoho. tak apa, nanti i fikir cara macam mana nak sumbat semua masuk bag. sebenarnya i rasa sedih. nak tidur la sebab sedih. i memang emosional. dah la malam ni hujan *tak ada kaitan*. nak tidur la bye!





Sunday, September 26, 2010

insecurities




"I'm worried"


"Why?"


"I don't know. i rasa India macam tak sesuai sangat la dengan i"


"I notice. but i also notice, kau tanak susah-susah nak cari residence and nanti kena diet sebab tak cukup duit. i know you don't like those"


"Haha yeah. India mcm a safe choice, ada tempat yang macam kat Malaysia and banyak duit tapi macam mane nak survive tempat tak bersih macam tu?"


"It's not that bad. itu hikmah banyak duit boleh beli air mineral to drink or makanan mahal yang jamin bersih"




sometimes Amin irritates me for being that optimist HAHA. and wow, he really does know me that well kan? -.- well Amin, i hope we've made the best choice. oh, Sabrina and Mia too :)




Friday, September 24, 2010

datang la, please? :(

masa i sekolah dulu-dulu i like this one guy. he's a genius but he's loud and clumsy. i paling suka kacau dia sebab reaksi dia selalu lebih-lebih kadang-kadang perangai macam budak-budak, i usik sikit dia kejar i satu kelas -.- dia sangaaat pandai okay, my only aim was to beat him. err tapi sekali je misi i tercapai. see, he's a genius. tapi kan, dia jenis yang emosional. we stopped talking to each other like, five or six months before the school's over. cuba tanya kenapa? sebab i panggil dia Si Gemuk lepas tu dia cakap tak nak cakap dengan i setahun -.- i serius ingat dia main-main tau tapi err dia betul-betul tak cakap dengan i. boleh tak? T.T


i did apologized to him! bukan sekali dua tapi berkali-kali. kadang-kadang geram jugak sebab obviously i main-main je kot and and macam la dia tak pernah cakap i macam tu grr. tapiii i tried to make things up sebab dia kan kawan i, takkan la tak nak kawan sebab benda remeh kan?


after a year he starts talking to me again. yeah, dia merajuk exactly a year. menyampah gila HAHA tapi at least kitorang kawan balik kan? masa tu dia datang beraya rumah i. macam kekok gila kot, setahun tak cakap lepas tu datang rumah gelak-gelak macam tak pernah gaduh -.- kitorang jadi sangaaat rapat tau, dia selalu datang Mais belanja i makan. kalau keluar dengan dia memang i tak payah keluar duit pun hehehe *mata duitan*. nak dijadikan cerita....


....he told me he likes me. wow -.- tapiii i dah anggap dia macam kawan baik so i told him i he's my best friend kalau best friend mana boleh sayang lebih daripada tu, kan kan? at first he was kinda okay with the rejection but suddenly he stopped texting me. tu dia, start balik dah perangai lama -.- he even changed his phone number. bila i tanya kenapa tak text dia cakap dia busy banyak exams. oh, fine kau seorang la dalam dunia ni yang ada exams. makanya sampai sekarang kitorang tak cakap. eh i dah cuba tau mintak maaf sekali dua tapi kali ini i tak rasa semua ni salah i. kan kan? cepat angguk semua -.-


so, i want to make things up with him sebelum i pergi. wah, macam dah tak nak balik dah kan HAHA. makanya dalam masa seminggu ini i nak cuba berbaik-baik dengan beliau. nasib baik dia tak baca blog i hohoh. semua orang cepat doakan dia tak emo-emo dah and he can come and send me off on this 4th October :) kalau i dia emo jugak i tak nak kawan setahun -.-


oh btw tarikh fly dah confirm 4th October. gila cepat kan? i was hoping 10th October baru fly sebab i nak balik Terengganu dulu. hmmm.



#Day 17

Day 17 - Someone i would want to switch lives with for one day and why.





Wow, i envy this girl :O


Thursday, September 23, 2010

decision

i am not going to the dean's list award. macam sedih sikit sebab tak sempat jumpa those yang nak pergi Poland T.T i buat keputusan tak pergi majlis sebab banyaaaak benda boleh settle dalam masa dua hari; medical check up, nak jumpa pesuruhjaya sumpah lagi and benda-benda lain. rasanya Sabtu sampai la surat kot. eh lagi lambat lagi elok, grr -.-


anyway, i pergi Shah Alam malam Selasa. oh, i baru tahu kalau tukar tiket flight kena penalty 55 hengget -.- nasib baik Msu sediakan tempat sepanjang 4 hari orientasi, jimat duit tak payah naik cab tiap-tiap kali nak pergi balik Msu. tapi sementara tahu mana kitorang ditempatkan, i nak merempat rumah Farah Nasuha dan Anis Suraya kesayangan dulu, cehceh sekarang baru sayang :")


sekarang kalau online Facebook semua orang asyik buat status tanyakan bila surat nak sampai, nak beli bag saiz apa, itu la ini la comel je -.- terima kasih banyak-banyak dekat kakak-kakak senior yang sudi layan soalan kitorang. ada seorang kakak senior cakap dekat India kicap tak sedap, baik bawak yang Malaysia punya. err tapi dekat Malaysia pun i tak suka kicap -.-


some people keep asking me, kenapa India kenapa tak nak pergi Poland tak menyesal ke nanti? i cuma boleh cakap i've made my decision and InsyaAllah i won't regret it :)


dua hari lepas kot, kawan i tanya i nak pergi mana. i cakap la nak pergi sekian sekian kan. boleh tak, dia cakap "India je? tempat orang terbuang HAHAHA" alamak weiii agak-agak ah kalau nak bergurau pun -.- hish nasib baik i penyabar. hello, kalau bukan kita-kita yang nak pergi India ni siapa lagi yang nak tolong kerajaan kurangkan kos nak hantar students pergi oversea? kalau dah confirm nak fly tu boleh la tahan nak berlagak. eh eh ini macam mengumpat ke? -.-


BYE!



Tuesday, September 21, 2010

hi. i'm emotional.



Ira may be 14 years old but she's such a baby. when i'm in Shah Alam, she texts me regularly. sometimes she would call me at midnights and cry. sampai sekarang pun macam tu. too bad i'm leaving very soon. siapa lagi yang nak layan Ira menangis tengah-tengah malam kan? well Ira, seems like you have to stop crying and grow up :)


i have to stop now or i'll cry. siapa baby sekarang? -.-



kekalutan keadaan

sedia maklum, insyaallah i akan ke India. tapi bila? ini la masalahnya, BILA? *muka garang* penaja i cakap (kena rahsiakan nama penaja baru boleh marah-marah sesuka hati nanti kena saman) -.- surat akan dikeluarkan "hari ini atau esok" yakni semalam atau hari ini. makanya lambat lagi la sampai kalau surat baru keluar. tak apa, i sabar lagi. katanya surat lambat keluar sebab tiket flight tak book lagi. and dengar-dengar surat lambat keluar sebab universiti i (rahsiakan nama!) lambat settle hal result. hmmmm sabar lagiiiii.


anyway, minggu depan i akan ke Shah Alam. 27 Sept ada Dean's List Award, pukul 10 pagi start rehearsal and majlis start pukul 2 petang. and the theme is blue-white. wah wah Msu macam tahu je baju raya i warna biru :) 29 Sept ada pre-departure dengan pihak penaja and 29 Sept jugak start orientasi. eh apakah? kalut kan? i sendiri pun tak faham apa yang berlaku -.-


orientasi empat hari yakni sampai la 2 Oct. kalau fly 4 Oct rasanya i dah tak balik Terengganu kot. buang masa dan duit -.- KALAU fly 4 Oct makanya minggu ini akan jadi minggu last i kat rumah! oh. cepatnya masa berlalu. tapiii macam best jugak sebab dah start busy balik. tapi tapiiii kena tinggalkan rumah :( ah well Didiey, India kan dekat je. kalau duit banyak boleh balik selalu xD


semua orang sama-sama aminkan surat cepat sampai! terima kasih :)



Monday, September 20, 2010

byebye!


bye bye Sha.
heh, you'll be fine. kau kan hebaaat :)


Saturday, September 18, 2010

of secrets and ...

being the middle child, i can mingle well with both of my sisters. they tend to tell me things and i've heard too many "don't tell Mom"s -.- macam semalam, Ira called and cried. i can be a very good listener but i'm not good with words. bila Ira cakap dia sedih, i cuma boleh cakap "err Ira kan baru dua bulan dekat sana memang la susah sikit nak adapt, sabar". i don't think i managed to calm her down -.- but at least she has someone to listen kan?


Mom is the emotional type, she freaks out too easily. that's why we choose not to tell Mom some things. there are a lot of things that i don't tell Mom either. Mom doesn't know i got my first C for Genetics HAHA.


the sad thing is, i can only listen and there's nothing i can do. kalau i tak cakap dengan Umi what happens to Ira (or Kakak) macam mana i nak tolong? heh i'm so helpless -.- and when Mom asked me anything i have to kinda um, lie. it's not a total lie anyway, i simply said "i don't know" T.T what am i supposed to do then? they tell me not to tell Mom so i won't tell. they trust me. sorry Mom..


anyway, Sha is off to Egypt tomorrow i forgot to buy her anything. loser taaaak? -.- Dad is too busy to layan me to drive me to any gift shop and as usual, Mom is too lazy to drive. so i came up with an idea to give her a CD that consists of my favourite songs HAHA kenapa lagu i yang suka? because i want her to remember me whenever she listens to those songs :') the idea sounds so lame but who cares HAHA and i'll make her a handmade card. haish, another goodbye. i always hate goodbyes T.T



Friday, September 17, 2010

#Day 16

Day 16 - Another picture of yourself.


dulu-dulu kan i rasa kan kan, muka i macam Mandy Moore.





tak eh?


HAHAHA XD



#Day 15

Day 15 - Put iPod on shuffle : first 10 songs that play.


pehh iPod pun tak ada -.- tak apa tak apa, kita guna w580i kesayangan :D btw, i'm planning to buy a new phone tapiiii tak sure nak beli phone baru atau a camera. eh eh lari tajuk -.-


anyway! the first 10 songs;

(1) Sampai Menutup Mata by Acha something. HAHAHA this song is so sappy tapi sampai sekarang i tak pernah delete lagu ni, kenapa entah -.-


(2) Forever And Always by Taylor Swift.


(3) All I Ever Wanted by Kelly Clarkson.


(4) Party In The USA bu Miley Cyrus. err lagu gedik-gedik -.-


(5) tak sure lagu apa tapi Ari Lasso & Bunga apeentahnama yang nyanyi. HAHA lagu ini kan kan dulu-dulu kan kan, kita suka karaoke dalam bilik dengan Hafizatul Solehah :P lagu ni banyak kenangan la (ecehceh) sebab tu kita sayang nak delete :')


(6) Mardy Bum by Arctic Monkeys.


(7) Thank You by Dido. err lagu zaman bila ni? -.-


(8) Take A Bow by Rihanna. lagu tak boleh lagi ketinggalan ke? -.-


(9) Seindah Biasa by Siti Nurhaliza HAHAHA yeah i do listen to Siti :P


(10) Two is Better Than One by Boys Like Girls. lagu ni gedik gila kot, lepas ni kita delete -.-


semua lagu macam ketinggalan! maybe i should update my play list heh. bye.



deep down inside my heart


October :D




p/s : ini gambar curi dari Facebook heheh




confenssion #takingatyangkeberapa

this is my blog and i can say whatever i like kan? well, despite of my vow not to blog anything when i'm emotionally disturbed i feel like i have to say something. right now.


hey, you don't care about me don't you? all you think of is you, YOUR HEART, your satisfaction. you don't care if you might hurt me. oh, you don't even know if i'm hurt. it's all about YOU isn't it? fine, i'll just play along. tengok sampai bila.


there.


Thursday, September 16, 2010

raya lagi ke?

awal pagi tadi Umi ajak i pergi open house sebelah rumah (awal la sangat kan walhal dah pukul 10 HAHA). i put on my black kebaya heh nasib baik it fits me well. kali terakhir i pakai kebaya masa berlakon jd PGL Februari lepas. susah jugak jadi budak gemuk ni -.-


hari ini sangaaaat la ramai yang datang rumah. semua kawan-kawan Umi makanya tak ada seorang pun yang i kenal -.- the thing about cikgu-cikgu is, they are so close they know almost everything about each other. masing-masing tahu yang itu anak berapa, anak-anak belajar dekat mana, suami kerja apa etc etc. makanya semua kawan Umi tanya benda sama; "oh ini la yang nak pergi India tu kan?" -.- masalahnya offer letter pun tak dapat lagi.. i dah start cuak kot, hish Msu niiii suka main-main macam ini. nanti mesti kitorang kelam-kabut nak buat medical checkup bagai, nak isi borang semua, nak siapkan keperluan lagi. grr. eeii malas la cakap pasal ni lagi -.-


anyway! sebenarnya i ada invitation open house rumah Faten, salah seorang geng senget masa dekat Shams. i sangaaaat nak pergi tapi malang sekali rumah dia jauh kot and Mom is too lazy to drive. ini la padahnya kalau umur dah 18 tapi tak ada lesen lagi -.- err tapi Umi cakap, kalau i ada lesen sekali pun Umi takkan benarkan i drive jauh-jauh. semalam i dah berapa kali buat muka sedih depan Umi konon-konon nak suruh Umi kesian tapi strategi macam tak berjaya je.. i texted Mok and asked me to send me, too bad he's in JB -.- tak apa la, tahun depan kita raya sama-sama lagi yeeee? :(


kucing kita kan kan, dah tiga hari tak balik. we think he's dead. kesian kan? Burn kucing paling gemuk paling buncit paling sayaaaang. kesiannya.. lepas ni tak ada siapa lagi nak temankan Umi T.T


rest in peace T.T
(ini Burn masa muda-muda)



p/s : Atiyah turns 19 today, HAPPY BIRTHDAY babe :D



Tuesday, September 14, 2010

of McD and the best best friend

my best friend, Sha, hates plans. so when i asked her out since i have nothing to do at home she said "okay, petang ni eh?". i was like, eh cepatnye tak nak plan dulu ke? :O


the thing is, i haven't met Sha for years since i left Shams. best friends la sangat kan, nak jumpa pun bukan main susah lagi -.- we both are very busy. we text almost everyday tho, dia tahu semua benda pasal i dan i tahu semua bendaaa pasal dia.
err almost. makanya, i was kinda nervous bila nak keluar makan-makan berdua takut tak macam dulu-dulu lagi. Sha dengan i satu geng dulu. dalam satu geng yang ada 12 orang budak senget (HAHA), i paling rapat dengan Sha. sampaiiii la sekarang :)


and and we had a real fun semalam! jalan-jalan makan-makan merepek meraban semua. mula-mula nak lunch kat McD tau, tapi sangat ramai orang i malas nak buang masa beratur panjang. dah la double cheese burger tak ada -.- so kitorang pergi KFC. hish, Sha patut bangga ada kawan macam i sebab i yang tolong habiskan makanan beliau. lama gila kot lepak sana. soalan kegemaran i, "Sha cerita la apa jadi lepas aku tinggalkan sekolah" HAHA macam sengal walhal itu cerita 3-4 tahun lepas -.-






ini pun i tolong habiskan xD


benda yang paling tak best bila keluar berdua je; tak ada orang yang tolong ambilkan gambar -.- makanya semua gambar hodoh sebab tak masing-masing tak pandai nak pegang camera sambil posing HAHA. i'll be seeing you again Sha, next time dekat airport pulak :)




Monday, September 13, 2010

#Day 14

Day 14 - A picture of my family and i.


err. we don't do "family picture". in fact, the only picture that includes the five of us is the picture taken professionally after Abah graduated -.- maybe the next picture that would include the whole family is when any of us getting married.






Friday, September 10, 2010

Eid



bila berkumpul ramai-ramai makcik pakcik sepupu anak sepupu cucu sepupu (cucu kepada sepupu) mesti akan keluar soalan biasa-biasa belajar kat mana, bila pergi belajar, belajar berapa tahun etc etc. bila i cakap India (eceh offer letter pun tak dapat lagiiii), cousins i mesti gelak gelak -.- yang paling senget cousin i pernah tanya i "dalam banyak-banyak negara kenapa kau pilih India HAHAHA" duh, i guess India is not a popular choice of country -.-


makcik-makcik i kan, kalau i cakap i nak pergi India diorang mestiiii cakap "India? pakai sari la kau nanti kehkehkeh". to be frank it is kind of annoying but i'm not sure what makes me feel annoyed. pelik kan? selalu nak emo-emo benda kecik macam ni -.- walhal i pergi sana nak belajar, bukan untuk impress siapa-siapa :)


i selalu lupa how big my family actually is. ramai gilaaa orang kat rumah makcik i tadi and i only know the makciks. i tak kenal eh eh yang mana sepupu yang mana anak sepupu. jumpa dah la setahun sekali, setiap kali jumpa eh eh dah besar. tiba-tiba semua orang dah kahwin dah ada anak and oh, rupa-rupanya cousin i dah ada cucu. makanya i am a nenek, percaya tak? -.-


Eid is fun though :)



Wednesday, September 8, 2010

cepat la rayaaaa

apart from all the food and money (eh?) to be frank there's nothing else i look forward to during raya(s). kitorang setiap kali raya memang akan raya sendiri-sendiri je. i mean, the five of us. Abah, Umi, Kakak, i dan Ira (tahun ni tolak Kakak). since both of Abah and Umi are pure Terengganueans and we live here like forever, we have no kampung. makanya tak pernah ada isu balik kampung mana bila balik kampung etc etc -.-


malam raya kitorang macam malam-malam biasa kecualiii part nak siap bahan nak masak pagi raya dengan susun-susun kuih raya dalam bekas (dan mulut HAHA) dengan kerja-kerja pembersihan pool. tiap-tiap kali raya kan kan, mesti ada jeee budak yang jatuh dalam pool. yang peliknya, bila jatuh tak ada pulak nak menangis tapi siap boleh gelak-gelak. eh? macam sengaja jatuh je.. -.-


kalau dulu-dulu ada la jugak adik-beradik nak main bunga api bagai tapi bila Ira dah tiba-tiba jadi remaja tercongok depan komputer 24 jam tak adanya nak main-main macam tu lagi. heh. terima kasih kepada tv3 sebenarnya yang memeriahkan malam raya kitorang -.-


pagi raya bangun awal sikit daripada biasa sebab nak sarapan menu kemestian rendang dengan ketupat (kadang-kadang lemang) then berkumpul satu keluarga bermaaf-maafan dan pembahagian duit raya hohoh. tapi Umi je yang bagi, Abah selalu bagi alasan "duit Umi kan duit Abah jugak" err -.- then semua pergi sembahyang raya. tahun lepas senget gilaaa masa khutbah raya boleh pulak i tidur HAHA senget -.- malang sekali tahun ni i tak sembahyang raya makanya Abah dengan Umi je la pergi. mungkin i boleh sambung tidur HAHA


lepas sembahyang raya kitorang selalunya pergi rumah pakcik makcik semua petang baru balik. dengan itu raya kami berakhir. yea as simple as that -.- kecuali kalau ada pakcik makcik yang nak datang la. macam pathetic gila kan HAHA tapiii bila tiap-tiap tahun macam tu, it's so normal for us. normal yang selesa. faham tak? our family is so simple sebenarnya :) (kakak baca ni mesti menangis hohoh)


SIAPA-SIAPA NAK AJAK I BERAYAAAAAA *muka comel*?


p/s : tak nak wish raya lagi, kena tunggu malam raya dulu HAHA




#Day 13

Day 13 - A letter to someone who has hurt me recently.


rasa macam tak ada. nak tukar sikit soalan boleh?



dear you,

i think i've hurt you. i mean, emotionally. i'm sorry i'm so insensitive and selfish sometimes. but trust me, you're the sweetest :)

love,
didiey.



p/s : i skip Day 12, it's too boring.


Tuesday, September 7, 2010

cornflakes chocolate :)

terima kasih kepada Sabrina Najwa dan Faris, i berjaya buat Cornflakes Chocolate yang sedap (tak tahu la sedap ke tak sebab tak rasa lagi tapiii mesti la sedap kan kan) :D Sab dengan Faris sangat baik hati sebab sudi layan i yang tak tahu apa-apa macam mana nak cairkan coklat pun tak tahu -.-


ini kali pertama i buat kuih raya HAHA loser gila. itu pun lepas Si Sengal cakap "cornflakes senang gila kot buat belajar la" FINE. makanya hari ni i dengan Ira berjaya menghasilkan Cornflakes Chocolate :D nak resepi? senang gila.. *riak*
klik SINI sebab malas nak copy paste -.-



jakun gila -.-



tolong la percaya, sangat sedaaaap :D



Sab cakap, kalau nak cairkan coklat kena guna 'double boiled technique'. i was like whatthefreakingfish is that? selama ni i ingat kalau nak cairkan simply letak dalam pot atas api and kacau-kacau tadaa! wow banyak lagi yang i tak tahu rupa-rupanya -.- kalau ada yang satu geng dengan i tak tahu macam mana nak cairkan coklat, sila refer gambar di atas :)


raya tahun depan kita buat Almond London jom! HAHA



#Day 11

Day 11 - Another picture of me and my friends.


rindu :')


ada satu rahsia tentang gambar ni.. sebenarnya itu handbag Umi hoho i mana ada handbag T.T Umi cakap nanti nak pergi India beli la satu, baru rasa macam dewasa kan? :D


oh ada satu lagi gambar yang i paling suka. nak tengok?




HAHA busuk gila-gila kan? dah la Mira tengah pegang sisa tikus yang kitorang dah cincang-cincang -.- busuk tapiii suka :D



Monday, September 6, 2010

#Day 10

Day 10 - Songs i listen to when i'm happy, sad, bored, hyped, mad.


Happy. when i'm happy i listen to all sorts of songs and if i'm happy i usually spend the whole day with the earphones on :D and Mom will go like "Umi cakap sorang-sorang je..." :P


Sad. when i'm sad i have to listen to sad songs. weird isn't it? i prefer not to be cheered tapi sanggup dengar lagu-lagu sedih mendayu-dayu dan rasa macam kehidupan sangat tak adil... err =___= lagu yang wajib dengar masa sedih Don't Forget by Demi Lovato. tak tahu kenapa tapiii kalau dengar je mesti i rasa sedih gila-gila T.T satu lagi lagu, The Last Goodbye by Atomic Kitten. lagu lama tapi best :) tapi sepatutnya kalau sedih jangan la dengar lagu-lagu sedih hish.


Bored. i don't listen to any song when i'm bored. serius. sebab semua lagu rasa bosan dan kalau dengar lagu i akan jadi makin bosan. eh?


Hyped. usually i listen to Kesha and Katy Perry :D Kakak and i are so different, she wont ever listen to Kesha i think. she's so poetic, she listens to sappy songs that i never knew have existed.. no offense bhahaha ><


Mad. satu lagu yang i mestiiii dengar kalau i marah; Give You Hell by the All American Rejects. yang Glee version pun best! bila dengar lagu ni, i feel better at once :D lepas tu rasa berdosa sebab menyanyi bukan-bukan..



#Day 09

Day 09 - Something i'm proud of in the past few days.




NOTHING. seriously, i have nothing to be proud of lately. i malas buat kerja sepanjang hari mengadap lappy je, i suka marah-marah tiba-tiba nak marah dengan semua orang, i suka em emmm banyak lagi la yang tak elok. teruk kan? hish.


i rasa i nak padamkan cita-cita jadi suri rumah, kena jadi doktor sampai pencen sebab kalau duduk rumah tak ada apa nak buat mesti kerja nak cari gaduh je. tak percaya tanya Encik Senget dalam satu hari berapa kali kitorang gaduh.



Sunday, September 5, 2010

#Day 08

Day 08 - Short term goals for this month and why.


September. i akan pergi merantau Oktober. makanya kena siap-siap beli baju yang sesuai sheeesh dekat IMS kena pakai formal, apa yang formal selain baju kurung? blouse la kot? beli 2-3 jeans since jeans kesayangan i mengalami kerosakan serius dan memang tak boleh pakai lagi T.T beli 3-4 kasut, kali ini tak nak beli wedges dah sebab Umi dah warning awal-awal kasut semua kena flat. FINE. beli t-shirts and cardigans and sweater. dekat Bangalore selalunya 14-26 degree celcius, how cold is 14 btw? em beli apa lagi? malasnya fikir, tunggu dapat duit dulu la..


oh 1 lagi! Sha dah nak pergi.. i'll buy something nice and sweet for her :) tapi tak tahu nak beli apa lagi. masa i pindah sekolah dulu-dulu, Scha belikan i Romeo (teddy bear busuk). takkan la nak belikan dia teddy bear jugak? malasnya fikir, tunggu dapat duit dulu la. saya sangat miskin sekarang T.T



Saturday, September 4, 2010

19 months

my blog is now 19 months old, gila! gila as in, wow tak percaya blog ni boleh bertahan selama itu. eceh, lama la sangat kan.. masa akhir Form 5 kan, i punya la semangat gila nak start blogging i cakap kat semua orang i nak tulis blog. baru nak tulis pun dah bising-bising =__= masa mula-mula dulu kalau boleh i nak semuaaaa orang baca blog i HAHA tapi sekarang, i rather my close friends je yang jadi reader tak kisah la follow ke tak. i mean, i don't usually follow blog siapa-siapa so i don't expect people to follow mine pun. lagipun sama je follow ke tak, i dah save link semua orang kot xD


tapi paling annoying kalau follow sebab nak suruh i follow balik, memang i takkan buat. tapiiii i really appreciate for those who are willing to follow blog si sengal macam i :) eh eh dah lari topik =__=


masa i mula-mula masuk Msu kan, i tak nak classmates i tahu i ada blog. i pun tak tahu kenapa i tak nak orang tahu, bajet nak start a new life ececeh. macam kelakar bila baca balik older posts masa awal-awal dulu. emosional gila HAHA sekarang dah pandai nak save as draft kalau i TERTULIS entry emo :')


i paling suka baca blog yang tell the whole world every detail of his or her (selalunya her la) love life. comel. comel tapi annoying HAHA serius annoying tapi comel, eh? well, itu blog diorang pun, you are welcome to write anything :D and and, i suka baca blog budak-budak belasan tahun sebab most of them write the same stuff; bestfriendsforever, crushes, exams, gaduh-gaduh HAHA comel gila. admit it, semua orang pernah lalui such experiences. macam Kakak selalu cakap "been there, done that". tapi budak-budak zaman sekarang lagi advanced la =__=


heh i miss the old days. cepatnya masa berlalu kan? time flies and people change. you change. rasanya raya tahun ni tak semeriah raya tahun lepas kot, satu sebab Kakak is not around. dua, sebab rasanya some of my friends may be too busy to join the raya convoy macam tahun lepas. and some are not here in Malaysia anymore. well.


#Day 07

Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on me.




it's the hormones that have the biggest impact on me, seriously. my PMS usually lasts for a week or two. and it affects my close friends too HAHA =__= close friends as in family, housemates and ehem, the boyfriend. kalau i PMS kan kan, i just don't care what people would think of me. i simply cakap apa yang i fikir and tak kisah if that would hurt those people. OR, i akan jadi super sensitive HAHA orang salah cakap sikit i'll be crying my heart out. kan dah cakap, jadi perempuan ni susah =__=


Thursday, September 2, 2010

malam-malam terakhir terawih

termasuk malam ini, dah lima kali (rasanya) terawih kat rumah je. sangat sunyi terawih sorang-sorang. tapi kalau terawih dekat rumah, pukul 9 dah siap. kadang-kadang sengaja panjangkan sikit bacaan sebab nak tunggu imam walhal suara imam dengar sayup-sayup je =__=


lagi 7 hari puasa kan? and raya! Ira dengan Umi dah start cuti sekolah heh finally bila i bangun pagi i boleh dengar suara orang dalam rumah. malang sekali Umi sibuk dengan kelas tambahan, kesian gila budak-budak sekolah raya pun kena belajar ke HAHA eh eh tak baik gelakkan orang. Ira sangat kesengalan, tadi i ajak dia makan kuih raya dia cakap "Angah, Ira tak pernah suka makan kuih raya" i paling suka raya sebab boleh makan kuih raya dan makanan raya yang lain dengan kuantiti yang banyak tanpa rasa malu hish kalau tak suka kuih raya apa yang best pasal raya? =__=


Umi macam tak nak cakap sangat pasal raya sebab Kakak kan tak balik. makanya Umi dah pesan awal-awal dengan i supaya balik Malaysia tiap-tiap tahun. mentang-mentang India dekat =__= btw, kawan-kawan i ramai yang fly UK akhir September. Imran sengal je, dia tanya i bila i fly dah ready ke belum, "Eh Imran bukan kau yang fly dulu ke? kau sendiri dah ready belum?!" hish budak ni. tolong la jangan tanya bila i fly, dengar-dengar Msu baru nak meeting dengan Mara pasal placement kitorang minggu depan. makanya lagi dua minggu baru dapat offer letter kot. hish Msu ni T.T


p/s : Firdaus if you are reading this, i am very much offended with you behaviour. cakap nak jumpa dulu sebelum pergi hish serius tak nak kawan lagi tak payah hantar i bila i nak fly nanti bye.



Wednesday, September 1, 2010

#Day 06

Day 06 - Favourite superhero and why.




can a werewolf be considered as superhero?
boleh la kan? PLEASEEEE xD


why?
simply because he's super hot.
*drools*


p/s : i skip Day 05, it's too boring.


#Day 04

Day 04 - A habit i wish i didn't have.




when i'm miserable, i love to listen to sad songs and cry. bodoh tak, dah tahu sedih kenapa dengar lagu sedih lagi? i'm so dramatic.