exam teori dah habis yeaaay! tinggal lagi 3 hari exam practicals and and baliiik dan rayaaaa heheheheh bahagianya. eh, kurang bahagia sebab hari Sabtu (sehari sebelum balik) maybe result keluar (?!), scary kan? dah la soalan exam macam em emmm tak expected sikit. heh.
anyway *malas nak fikir pasal exam yang dah lepas*, MARA sangat generous sebab bagi elaun buku sebelum kitorang balik makanya i sangat generous nak belikan semua orang macam-macam eh eh. tapi tiba-tiba Sha deactivate Facebook sekarang macam mana nak tanya dia nak sari warna apa? -.-'
tadi ada satu kejadian sedih masa exam Biochemistry. sejak i balik India bulan lepas (kot) i dah malas pakai specs sebab i dah hilangkan specs baru so kena pakai specs lama yang macam dah longgar sikit. macam mana i hilangkan specs tu cuba teka? sebenarnya i pun tak tahu mana pergi tiba-tiba dah tak ada, dah la hilang sekali dengan bekas/kain pengelap T__T
specs lama tak ada la lama sangat baru je sebenarnya tapi mana cool pakai specs yang Umi pilih eh eh haha nak pakai specs yang beli guna duit sendiri eh eh.
makanya, i start pakai contact lens. ini pertama kali pakai lens yang clear sebelum ni poyo sikit nak yang colour je haha first pakai colour brown *raanya pernah tulis paal pengalaman pertama pakai contact lens HAHA* yang kedua colour grey tapi baru pernah pakai 2-3 kali sebab tak best lens tu mahal kot nasib baik orang hadiahkan je eh eh.
eh, i pakai contact lens kat mata kanan je tau sebab mata kanan je yang ada power. tahu apa perasaan pakai lens sebelah mata je? rasa makin rabun sebenarnya -.-' sebab bila pakai sebelah, memang la nampak clear apa yang depan mata tapi setakat yang ada depan mata je la (contohnya kertas exam) tapi tak akan nampak dengan jelas apa yang ada jauh sikit depan mata contohnya orang yang duduk depan i dalam exam hall. seksa sikit tapi asal bergaya -.-'
panjang gila intro. sekarang masuk cerita utama. hmph. tadi sediiih sebab masa exam tiba-tiba lens macam hilang. hilang as in kat cornea rasa macam ada lens. faham tak? selalunya pakai lens tak akan rasa pun pakai tapi kali ni rasa. tolong la faham macam mana perasaan tu T__T
makanya i pun gosok-gosok mata dengan harapan lens tolong la duduk diam-diam i tengah jawab exam susah kott (serius tadi soalan susah sikit). dalam 5- minit jugak gosok-gosok mata sebab mata sangat tak selesa wuwuuu rasa nak menangis sebab fikir macam mana nak mintak kebenaran lecturer yang jaga exam nak pergi toilet nak cari lens yang hilang dalam mata.
nasib baik tiba-tiba elok je. heh.
tolong la hadiahkan i specs baru untuk semester depan. i tak sesuai la pakai contact lens T___T kbye.