Thursday, September 3, 2009

somebody won the best actress award

selasa lepas secara rasminya kitorang dah settle-kan projek malaysian studies. kitorang kena perfom teater "penentangan terhadap malayan union" yawn yawn. tapi we won third place (sebenarnya sangat terkejut we manage to secure a place -___-"). good job good job MARA B!

ehh i dah cakap belum i yang jadi heroin? so first time dalam sejarah hidup i berlakon jadi watak utama. sebelum ni i pernah berlakon jadi stepsister gaduh tarik rambut dengan cinderella. i sangat malu dengan watak tu sampaikan i sumpah tak nak berlakon lagi but hari tu tiba-tiba i nak pegang watak "melur".

semua semangat pakai baju orang kampung

the best director; sabrina.


backstage

aww i kan pemalu

rara didiey alia

so this is my MS lecturer


ahh tak sempat nak snap gambar dengan bf i si awang. and this is so my last time acting. i nak bersara. heh.


Wednesday, August 26, 2009

heavy sigh

kadang-kadang i tak faham kenapa i baik sangat. bila orang cakap i okey ke tak i tetap akan cakap i okey walaupun sebenarnya tak. macam hari tu i tengah makan kek yang sikit punya sedap bila kawan i datang tiba-tiba mintak "sikit" habis semua dia telan pun i buat muka kool.

i tak reti nak cakap "tak" and i rasa semua orang tahu kelemahan i dan cuba nak eksploitasi i sepenuhnya.

sekarang i rasa sedih tapi i tak tahu macam mana nak ekspresikan sedih i.

padan muka i siapa suruh pergi heboh-heboh kat semua orang i ada blog.


Sunday, August 23, 2009

off to college tomorrow

oh my oh my esok i dah nak balik kolej. sampai aje shah alam terus pergi kelas. fuuh sangat penat. but i wont complain. first sebab i sendiri yang cari pasal nak balik terengganu. and second esok i tak puasa. dont ask me why. -___-"

kenapa bila balik rumah sangat malas nak bukak buku? heh bukannya i bawak balik any buku pun. but but i have two assignments nak kena siapkan within this week. tapi i asyik tangguhkan kerja sanggup baca blog lecturer i sampai dua-tiga pagi. so silly of me.

frankly speaking i suka life i sekarang. maybe sebab i tak payah nak pretend apa-apa dan just jadi diri i yang sebenarnya. i am glad i tercampak kat msu sebab kat sini baru la i boleh belajar the real life. heh kenapa tiba-tiba jadi emo ni?

so my friends are leaving malaysia in two weeks time. firdaus yang selalu kacau i akan fly pergi russia. ida dan wani yang memang selalu stress masa belajar dulu pun akan off to russia. and my ex-classmate faiz hakim "scott" pun akan ikut sama. they are so lucky to be chosen but honestly i like malaysia way better than russia.

kawan-kawan satu geng suka ponteng solat jemaah kat surau masa form 3 dulu pun akan berangkat ke mesir dan jordan lagi dua minggu dari sekarang. haha dulu kitorang memang suka sakitkan hati pengawas sanggup ponteng solat jemaah semata-mata nak tengok pengawas marah. and turns out si pengawas yang suka maki-maki i dengan kawan-kawan i dulu tak berjaya pergi overseas. ironi kan?

now didiey stop thinking of the past. cepat cepat siapkan assignments!

to my dear friends, good luck with everything you do. heh tak kisah la kat mana pun you belajar.

Friday, August 21, 2009

sangat malas nak update

sekarang i kat terengganu. semalam i semangat nak update blog dah siap tulis tajuk tapi tiba-tiba mengantuk terus off laptop. dah lama kan i tak update? so excuse me i nak update banyak-banyak hari ni.

tiba-tiba umi dengan abah jadi sangat open. masa on the way balik terengganu umi dengan abah asyik cakap pasal si bf kakak. the thing about my parents is diorang sangat sangat la konservatif sampai i tak pernah kawan dengan lelaki before i turn 16. and suddenly they seem so happy for my sister. and i sangat tak faham bila i cakap "so angah pun kena cari bf la ni?" muka umi terus berubah. dan sejak hari tu dia asyik tanya i pasal kawan-kawan lelaki i. -___-"

hari khamis kitorang de festival kebudayaan and kelas i juara keseluruhan. malas nak upload gambar so please tengok kat fb i je. heh berlagak. tapi i nak tunjuk my favourite picture.

i sangat gemuk, i tahu.


remember when i used to say i selalu je silap judge orang? yeah it happens again. the guy in the picture; i selalu ingat dia annoying. tapi bila i dah kenal dia sikit-sikit baru i tahu rupa-rupanya dia tak se-annoying rupa dia. and i am so hoping he won't read this.

oh don't get me wrong. he's not my crush.

and kakak i cakap my crush is "interesting". hah i knew it!

Saturday, August 15, 2009

huh?

"salah info kat blog! it's 14.5 outta 17.5 laa! malu i"

annoying tak?

serius annoying gila. nak aje i delete kakak i dari friend list kat facebook.

-___-"

penat belajar pengajian malaysia

sebenarnya i tak faham kenapa ipta je yang diwajibkan belajar pengajian malaysia. kawan i siap gelakkan i sebab kena belajar sejarah macam masa spm dulu-dulu -___-"

okey sebenarnya bukan ini yang i nak cakap.

hari jumaat i start exam. maths. eh i pernah cakap tak i paling tak suka maths? and physics? anddd i pernah berangan nak jadi engineer. heh. this monday exam malaysian study. and my lecturer amat pentingkan bunga-bunga bahasa perenggan selang sebaris lepas habis satu perenggan bla bla bla. and for every point kena elaborate panjang-panjang habis semua benda kena cerita.

but but he's a very interesting man. he's 26 years old and he writes blog. cool kan? heh sekali dia baca blog i.

my mom is coming this thursday yeay! tiba-tiba rasa macam budak-budak balik.

and and i think my crush knows i like him.

Wednesday, August 12, 2009

ini entry i fikir berapa kali baru tulis...

...my sister is so brilliant. she got 14.5 out of 15 for her a-level and she is the top student in her class. i'm impressed but i wont say so to her.

but i wish she reads this.

or her bf.

Friday, August 7, 2009

h1n1 punye pasal

dua tiga hari ni i dah start pakai mask. yeah nampak cool tapi realitinya i langsung tak boleh bernafas tau. dah la mask tu busuk. and mahal. and setiap kali balik kolej and singgah kedai lepak-lepak mesti ada orang gelakkan. siap panggil i 'eh perempuan yang pakai topeng tu'. cis.

tapi i tak faham kenapa kolej i tak tutup walaupun hari-hari i dengar rumours ada orang mati sebab h1n1 ni.

okey ini cerita lain.

semalam i chat dengan seorang kawan. he's now in kolej mara banting and ehem, doing IB. bila dia tanya i mana i nak pergi lepas habis foundation i jawab la tanpa teragak-agak yang i nak pergi india. dia tanya kenapa i pilih india. kenapa bukan poland atau czech. heh i tak cakap la sebab sebenar i pilih nak pergi india(i tak nak jauh sangat daripada malaysia) tapi i tegaskan kat dia yang i pergi untuk belajar bukan untuk pergi main salji.

suprisingly he agreed with me and turns out dia pun nak pergi india. but according to him, like, no one in banting is aiming for india. everyone is aiming for either ireland or uk of course and india tu macam the last choice la. and i cakap la kat dia yang i memang aim nak pergi ireland dulu. then dia ajak i switch place. dia nak belajar dekat msu sebab dia nak pergi india and he asked me to replace him in banting and reach for my dream.

guess what i said to him?

'tak nak. i dah start sayang msu tau. and i think india is way way interesting than europe.'

i pergi sana untuk belajar kan? and india tu macam syurga mayat. i cant wait to get dirty with mayat. heh.

masa minggu pertama kedua i dekat sini i asyik tanya diri i kenapa i tak dapat buat IB and i dapat buat foundation instead. i ingat this is the end of the world and i was no longer interested in medic then. tapi bila i ambil masa untuk fikir balik secara rasional, i know this is my fate and i just have to get on with it.

so aysraf i wish you all the best tak kisah la kat mana you belajar pun. people, wish me luck. minggu depan i mid sem.

Sunday, August 2, 2009

facebook is so addictive

finally i dah sign up facebook. si aima la ni yang beria-ria suruh i facebook-ing pulak. so people, add la i ye. oh oh sila search nur diyanah bt zakaria. skema, i know.

Saturday, August 1, 2009

hai. (tade idea nak buat tajuk apa)

weekend kali ini i kena attend kelas ganti and and ada kuiz biology. how sadistic now my favourite time of the week tinggal sehari je. so semalam kelas i buat presentation untuk subjek co-cu. i tak faham kenapa semua orang nak melaram hari tu. sampaikan i pun kalut nak pakai cantik-cantik jugak. hoh.

mira. alia. syaer. didiey (perasan comel).

kesian alia buat love separuh. heh.

jangan tanya kenapa i asyik buat pose sama.


these girls buat tarian hot masa presentation.

i asyik update blog kan? agaknya bila masa i study? dah la i ada dua assignment nak siapkan dalam minggu ni. and another health science kuiz minggu depan. and the next next week the big exam start. and and i jeles tengok kawan-kawan serumah i asyik belajar je. hoh cool cool. lepas ni i pergi belajar.

sebenarnya i tak pernah faham lelaki (tiba-tiba tukar topik). agaknya sebab abah je kawan lelaki i selama ni. and i tak pernah faham abah. jangan tanya kenapa i tiba-tiba cakap macam tu. okey toodles. i nak pergi belajar pulak.