Tuesday, September 29, 2009

to convince myself that i am not frustrated

omg rupa-rupanya esok dah hari khamis dan final exam i tinggal lagi 2-3 hari. serius cuak tapi macam biasa i tak habis revise semua lagi. bukan salah i tau. ini semua salah err ok kali ni tak boleh salahkan siapa-siapa. salahkan i sendiri yang sangat malas nak jadi rajin.

last few days i rasa sangat penat. sangat banyak benda nak siapkan and i tak boleh online fb sebab i dah janji dengan kawan i tak nak online sampai la habis final exam. heh blog boleh pulak update.

cepat cepat semua orang bagi semangat kat i untuk belajar rajin-rajin!

and why am i frustrated i tak nak kongsi kat sini. for sure it is such a stupid stupid reason. till then people.

Saturday, September 26, 2009

bai bai holiday hello stress!

esok hari last i boleh bermalas-malas habiskan kuih raya. hari ahad i kena balik wisma mais kesayangan and struggle untuk final yeahh. lepas ni i janji dengan diri i sendiri akan mengurangkan masa bermalas-malasan yeah yeahh! ceh semangat je.

cuti i kali ni macam dalam movie tau. macam tak real. ok ok meh i cerita satu satu. first sebab i boleh keluar beraya dengan kawan-kawan i. seriously i tak pernah boleh keluar macam tu tau. i kan anak yang baik bila mak i cakap jangan keluar i tak keluar la. tapi kali ni i jadi anak yang tak dengar kata sikit and keluar dengan kawan-kawan i. heh raya kan setahun sekali.

terkejut i tau tengok kawan-kawan i semua dah bawak handbag. pak cik i cakap kalau perempuan dah start bawak handbag means kitorang dah besa panjang dah boleh kahwin. tsk tsk baru setahun tak jumpa semua orang dah dewasa.


then kawan-kawan i semua dah boleh bawak kereta siap drift kat jalan raya tengok siapa lagi laju. ok i cakap terus-terang i tak berani nak naik sekali dengan kawan i erwani sebab dia bawak kereta macam main game je. hish tak faham i anak-anak muda sekarang cehcehh.

and semalam i dengan kawan-kawan i semangat nak hantar budak-budak russia kat airport. bayangkan flight pukul 4,5 minit sebelum diorang board kitorang baru sampai. sampai je terus i berlari-lari carik firdaus dan
ida sambil menangis sakan. haha i dah metaforakan cerita. tapi serius macam dalam movie. heh i kan best actress =P

and the best part is everything is back to normal again. macam dulu-dulu. macam sebelum i isytiharkan perang dingin dengan si ehem ehem. m
acam zaman kegemilangan i dengan bestfriend i. everything is so perfect. bila semalam kitorang gelak besar dalam kereta sebab sedar tinggal 5 minit lagi budak-budak russia nak board i rasa tu la saat paling i tak nak lupa :')

guys, friends forever? friends forever.


people said don't cry because it's over
but
smile because it happened.

Friday, September 25, 2009

goodbai goodbai

sigh finally my friends dah selamat fly merentasi dunia cehcehh pergi russia. tadi masa hantar diorang i yang lebih-lebih menangis macam la i yang nak pergi heh. but i tak sanggup lepaskan kawan-kawan i yang i sayang. ok ok i tau i sangat pentingkan diri. whatever it is, selamat belajar kawan-kawan. belajar elok-elok kat negara orang tau! :)

Thursday, September 24, 2009

EKSLUSIF! hoh!


I DAH JADI SPECKY SEKARANG!!
(excited balik terus webcam)

raya sakan

for the past few days i had so much fun. hah i broke all my dad's rules and had a blast raya with my friends. =P



cubaan untuk jadi tinggi


yeah yeah the same pose haha


i told you i love raya :)

Saturday, September 19, 2009

unexpected/sangat tak dijangka

i ada seorang kawan. dia la orang pertama yang i ingat kat sini since dia sangat annoying masa minggu orientasi. yeah yeahh the more annoying seseorang itu lagi la senang kita nak ingat dia.

so this guy sangat-sangat la childish. dia suka buat benda-benda foolish tau. kadang-kadang i rasa dia macam hidup dalam dunia sendiri. okk i faham i tak boleh judge dia sesuka hati sebab i bukan la rapat sangat dengan dia. so through another friend of mine i cuba nak kenal dengan dia. heh buat sekian kalinya i salah judge orang.

hish kan i dah cakap berapa kali DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER.

this guy rupa-rupanya crush dengan kenalan i yang lain and kenalan i ni sangat-sangat la berbeza dengan perwatakan dengan lelaki tu. serius lain. kenalan i ni sangat la lembut orangnya. baik hati, sopan-santun, pemalu, pakai pun sentiasa tutup aurat, suara lunakk cehcehh, orangnya sederhana tak tinggi tak rendah pendek kata si kenalan i ni boleh la dikategorikan dalam perempuan melayu terakhir.

haha i tak pernah terfikir macam mana a guy like him yang childish dan suka buat benda nonsense rupa-rupanya prefer perempuan macam tu. padahal i dah hidup tujuh belas tahun kat dunia ni but still i sentiasa salah buat tafsiran.

ok enough said. pergi tidur!

Friday, September 18, 2009

tsk tsk semua orang buat i rasa terharuu

petang tadi dalam 10-20 minit lagi nak bukak puasa i dapat satu panggilan misteri. cehcehh misteri la sangat. so i angkat and tanya siapa.mula-mula i tak cam siapa yang sudi kol i petang-petang macam ni. rupa-rupanya mentee i masa kat sekolah dulu yang kol nak tanya khabar.

serius i sangat terharu sebab i kat sekolah dulu tak pandai sangat nak bergaul dengan budak-budak tak sama jantina dengan i ni evenn dia mentee i sendiri. dia ajak i keluar bukak puasa(of course i tak boleh pergi) and sibuk nak update pasal i. heh i miss him la. terharu! T.T

and semalam sebab fb sangat bermasalah i pun jadi rajin nak ym dengan semua orang. yeah yeah sebelum ni i malas nak chat. sangat leceh nak fikir apa nak cakap lagi-lagi kalau i tak rapat sangat dengan diorang.

nak dijadikan cerita i chat dengan seorang kawan i ni. we used to be good friends back in school but we have so many things to do we barely have time nak share stories and everything. she's a sweet girl tapi kebanyakan kawan-kawan i rasa dia annoying i pun kurang faham kenapa.

andd she told me dia sangat glad i jadi kawan dia. walaupun banyak benda yang berlaku i tetap ada untuk dia blablabla. banyak lagi la yang dia cakap tapi segan pulak i nak cerita banyak-banyak. heh. i sangat terharu sampaikan i yang memang susah berhenti bercakap ni pun jadi speechless.

hish emosional pulak. dah la ponteng terawih. -___-"

Saturday, September 12, 2009

welcoming a purr-fect weekend

i sangat busy sampaikan hanya berpeluang update blog on weekends (padahal hari-hari online fb). mid sem results dah settle so sekarang fokus on final yeahh!

hari ni sepatutnya i ada kelas ganti for the whole morning tapi seperti biasa lecturer i batalkan setengah jam sebelum kelas start. this khamis got kuiz, more assignments more sleepless nights blablabla okey time to change the subject.

there's this one girl yang boleh dikatakan the only girl yang i tak tahu macam mana nak bergaul. not that kitorang tak pernah bertegur sapa ke hape kan but the thing is i selalu rasa segan nak treat dia macam i treat the others because she is so different from the others. i know i know tak kenal maka tak cinta tapi macam mana nak kenal kalau we both got nothing to say to each other? huh get what i mean?

but hari ni masa i tengah sangat bosan tunggu bila kelas nak start i borak-borak dengan dia. dia sangat peramah cuma i je yang tak pandai nak kawan dengan dia. semua salah i. she said everyone is saying that she is taking the wrong path and there's no way she could make it. i cakap la kat dia kalau ni yang pilihan dia, dia hanya perlu stick to the decision and prove them wrong. and she said 'they are not wrong. i je yang degil nak buat apa yang i tak mampu buat'. what else i can say?

so did i make the best decision myself?

heh bila i fikir balik apa yang semua orang cakap pasal macam mana budak-budak medic sangat stress masa belajar nak je i quit course ni dan jadi suri rumah je. but in every single thing yang kita buat there's a challenge. cuba bayangkan everything is so smooth you akan rasa sangat bosan dengan kehidupan you and berharap ada masalah yang kan menimpa. heh tiba-tiba rasa matang bila cakap macam tu.

in the end, i cuma cakap kat dia 'kalau kau rasa kau boleh buat just carry on with that' i tahu i sangat tak pandai convince-kan orang tapi i harap i dah tenangkan dia sedikit sebanyak ceh ceh.

okey ni cerita baru. remember the boys yang suka kacau i dalam kelas tu? i sangat berharap diorang akan kacau i balik INSTEAD of tiba-tiba anggap i lebih daripada kawan. -____-"

Wednesday, September 9, 2009

relieved :)

biology result is out andddd i dapat apa yg i nak. thank god :'). turns out i tak la setakpandai yang i sangka sebelum ni. heh heh. okey okey cukup. tak baik riak bulan puasa.

Friday, September 4, 2009

friday is my favourite day of the week

hari ni i sangat bahagia. kelas co-cu tak ada so i boleh balik awal and enjoy my early weekend. and mission i untuk jadi sedikit pendiam dalam kelas hampir berjaya. kenapa i nak jadi pendiam dalam kelas?

...semuanya bermula dengan certain budak lelaki dalam kelas i yang sangat suka cari pasal dengan i. i tak faham kenapa diorang bersusah-payah nak cari sebab nak gaduh dengan i. okey fine i faham diorang sebenarnya just joking around tapi kalau hari-hari nak joking dengan i, i pun penat nak layan . -_____-"

so hari ini i bahagia sebab diorang dah give up nak buat i marah and eventually they leave me alone. finally.

tapi i rasa esok i akan jadi the old me balik.