Thursday, November 19, 2009

macam serabut

semua orang sibuk cakap pasal tiket bas nak balik beraya minggu depan. lecturers pun sibuk nak batalkan kelas hari khamis semangat nak beraya. kesian i ayah i cakap kalau setakat tiga hari cuti baik tak payah balik. lagipun i sendiri tak sanggup nak habiskan satu hari perjalanan dalam bas. sanggup raya kat mais! okey tipu la i sanggup raya sorang-sorang kat sini. well mak i cakap nak datang shah alam temankan i kat sini tapi entahh tak kesah la i malas nak fikir sebenarnya.


hari-hari i rasa penat. gila ahh kelas chemistry dua jam then sambung kelas anatomy lagi satu jam. serius i tak boleh bernafas lepas habis dua kelas tu. i rasa i banyak sangat cakap dalam kelas sebab tu setiap kali balik mais i rasa sangat exhausted dalam kepala i asyik terbayangkan katil. okey lepas ni i nak kurangkan gelak dalam kelas. nak jadi pendiam macam housemates i. heh.


hish macam mana nak jelaskan kat semua orang hal sebenar? kawan-kawan i asyik salah faham dengan i. i cakap sikit semua orang dah interpret macam-macam. hello penat la i kalau macam ni.


1 comment:

'AQILAH said...

diam saje..tak payah cakap...