Saturday, April 10, 2010

hujung minggu kesayangan

semester tiga dah dua minggu bermula tapi rasa macam ada yang tak kena, macam ada yang tak cukup. mungkin sebab pensyarah baru, kelas baru. dulu-dulu selalu kelas dekat B301A kelas busuk dan sempit tapi bila dah selalu sangat belajar dekat situ dah rasa sayang. mood nak belajar pun macam sekejap ada sekejap hilang tak tahu pergi mana. bila mintak Umi doakan i biar jadi rajin macam Dijah atau Syaer, Umi cakap takkan itu pun nak Umi doakan, rajin tu kan usaha sendiri. yela yela (-___-")


pagi tadi i bangun awal basuh semua baju eh btw i dah jarang-jarang hantar dobi sekarang sebab nak save duit untuk kepentingan masa hadapan heh bagus tak i? lepas penat satu badan basuh baju, i siapkan report chemistry tapi bila housemates ajak breakfast sama-sama dekat bawah i dah terleka depan lappy sampai sekarang. sadis.


btw semalam i dah belajar satu benda yakni jaga mulut, kalau nak cakap fikir banyak-banyak kali dulu and kalau buat hal kena selesaikan sendiri. eh eh tiga benda rasanya. haish lepas ni tak nak cari pasal dengan siapa-siapa lagi (-___-")
okey dah merepek bye bye.


1 comment:

'AQILAH said...

kerana mulut badan binasa.