Friday, June 24, 2011

Suka tidur

minggu ni minggu tidur sedunia -.-' hmph selalunya i boleh je control nafsu tidur. control as in, belajar dengan tenang (sambil online) dalam pukul 12-1 pagi akan tidur dengan tenang dan cuba bangun awal esok pagi. tapiiii minggu ni kitaran tidur (sleep cycle) sangat pelik! study satu jam tiba-tiba eh bosannya eh tidur satu jam. bangun study setengah jam eh bosannya kenapa mengantuk sangattt terus tidur tiba-tiba bangun lepas dua jam baru sambung study. apakah?


hmph my theory is, Biochemistry bores me so much HAHA. serius. kalau belajar Anatomy selalunya mampu belajar dengan gembira bila mengantuk terus tidur yang dah tak bangun-bangun tu. Physiology pun! kenapa Biochemistry sangat memusuhi saya? -.-'


anyway, thank God the final MCQ is over! maknanya semester ini dah hampir sampai ke penghujungnya :") mungkin sebab i belajar Biochemistry tanpa rasa cinta i terus dapat markah rendah -.-' i got 5 out of 10 for Biochem (?!), 19 out of 20 for Anatomy hehehe and 17 out of 20 for Physiology! Alhamdulillah.. tapi tetap loser sebab Biochem hampir fail hmph *fail adalah separuh daripada markah penuh* makanya kena belajar untuk menyayangi Biochem seadanya heh.


and somebody owed me DOUBLE MCD because i beat him this time hehehehe (in case you're reading this kau kan stalker haha).


esok malam sepatutnya ada hiking dengan keluarga usrah, tapi i tak pergi sebab hiking malam-malam bunyi macam scary je? lagipun i selalu kalau ada events masa weekend malas gila nak pergi sebab sayang weekend hehe. weekdays kan sangaaat busy so bila weekend je rasa nak relax kat rumah bangun lambat tidur lambat makan sesuka hati haha.


tapi bila fikir-fikir macam seronok hiking ramai-ramai dengan kawan-kawan perempuan sambil menikmati keindahan ciptaan Allah T__T hmph tadi dah paksa Kakak (usrah) ajak kitorang hiking lagi, maybe lepas exam? :)


oh ya, tadi Skype dengan Umi! jarang sangat Skype sebab call lagi senang Skype leceh sikit sebenarnya walaupun free. kalau Skype selalunya Umi ada je benda nak komen contoh "eh kenapa muka dah macam hindustan sikit sekarang?" boleh? haha -.-'


rindunyaaa, sangat dengki dengan beberapa orang yang sanggup balik Malaysia masa exam week dua minggu. kalau boleh nak balik jugak, rasanya i boleh je study walaupun kat Malaysia sangat selesa asalkan ada kehinginan nak berjaya semua benda boleh (skema). tapiii Abah cakap JANGAN balik tolong la sabar tak lama dah pun nak balik (Ogos) hmmm fine Abah... Umi cakap lagi, "jangan merajuk dengan Kakak lagi" hahaha memang merajuk pun, siapa suruh busy sampai tak tegur? grr. nak merajuk lagi satu hari boleh tak? -.-'


kbye nak siapkan record book esok nak keluar bersuka ria dengan Mira/Linda/Ama BYE!



No comments: