Thursday, January 19, 2012

WS #4


i know it's Thursday already but i haven't shared anything on what i've learned in last usrah. i've been so busy but sharing is a must and i have to do what i have to do *tak ada kaitan*. baik lah, kita mulakan majlis kita dengan.. eh perlu ke? :3


apa tujuan kita diciptakan? eh, belum sempat share apa-apa dah bagi soalan? macam masa seminar Pathology, sebelum seminar start lecturer akan pass "pre-test" dia bagi soalan berkaitan dengan tajuk seminar dan semua kena jawab, siapa tak tahu tinggal kosong je tapi kena tulis matrix number. ya, terasa benar bodohnya sebab memang takkan la kan nak baca sebelum seminar huehue. back to main story, please -,-



sebenarnya ada DUA sebab Allah ciptakan manusia. pertama, ibadat (52:56). ya, memang kita dilahirkan semata-mata untuk beribadat dan tunduk kepada Allah. maknanya kena solat setiap masa ke? sekarang cuba define "ibadat"? ibadat bukan bermaksud solat semata-mata tapi semua benda yang kita buat hari-hari sebenarnya ibadat, yang penting NIAT :) ingat tak hadis yang kita belajar kat sekolah dulu, dalam hadis tu cakap kalau niat kamu berhijrah untuk berkahwin maka dapatlah kamu seorang isteri.. eh bab kahwin je ingat huehue. the true meaning of the hadis is whatever you do depends on your NIAT. belajar, tidur, main, online (eh) semua niat kerana Allah. nanti dapat pahala! :D



cakap pasal online kan, hari itu ada seorang kakak pernah cakap (rasanya bukak Kak Farah tapi tak kisah la siapa yang cakap), kamu online Facebook 24 jam nanti kat akhirat Allah tanya apa yang kamu buat sepanjang online tu? ada manfaat kepada manusia lain ke? huehue dulu selalu buat status emo-emo nak merajuk la itu la ini la bila fikir balik ya Allah segannya bagitahu aib sendiri kat semua orang.. kan lagi manis bila guna Facebook sebagai tempat sharing, lagiiii seronok.


eh, jauhnya menyimpang.


sebab kedua Allah cipta manusia ada dalam ayat (33:72). Allah cakap "Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia...". cuba bayangkan, langit yang seluas-luas alam ni pun tak nak jadi khalifah sebab tak mampu katanya. kita hebat sangat ke sampai boleh terima tanggungjawab ni? actually, yes. Allah dah angkat darjat manusia setinggi-tingginya dan bagi kita the chance to manage alam. bila Allah tanya apa yang kita yang kononnya khalifah ni, apa yang dah kita buat? agak-agak boleh jawab tak dengan Allah nanti? T___T


banyaknya khilaf kita sebagai manusia :(


sebenarnya Allah tahu kita sabagai manusia kadang-kadang (macam selalu) lupa apa tujuan kita dicipta. sebab tu Allah cakap dalam surah 'Abasa (23 dan beberapa ayat seterusnya), muhasabah diri sendiri. tengok makanan kamu, mana datang makanan kamu macam mana Allah turunkan hujan untuk menyuburkan makanan.. too much to list, read it for yourself and muhasabah.


it's never too late to regret and change for the better :)





Kak Farah tanya, nanti kamu nak masuk syurga dengan siapa? eh, boleh pilih ya dengan siapa kita boleh masuk syurga? mesti la nak Umi, Abah, Ana dan Ira masuk syurga sama-sama dengan i, oh Toby sekali! huehue. WHAT ABOUT YOUR FRIENDS? tak pernah terfikir, serius. manusia kan memang selfish, masa senang nak ada kawan gelak sama-sama. nanti kat syurga tak ada kawan sedihnya nanti nak share nikmat Allah dengan siapa? macam nabi Adam sorang-sorang dalam syurga, Allah kesiankan dia dan cipta Hawa untuk jadi peneman. kita?


kalau nak masuk syurga sama-sama dengan kawan-kawan yang kita sayang, kena la paksa (eh macam kasar pulak) semua orang "jom pergi surau!" tak pun, "eh kau jadi imam hari ni" *terus iqamat sebab tak nak jadi imam haha*. kalau yang jauh di mata (dekat di hati) macam mana? Facebook kan ada! share videos, quotes, ayat-ayat al-Quran, hadis.. dengan harapan our friends will gain something from what we've shared and insyaAllah, jumpa di syurga ya? :')


kbaiiiii, assalamualaikum!


No comments: