Monday, June 14, 2010

of 1 Rejab

awal-awal lagi Umi pesan, cakap hari Isnin kebetulan 1 Rejab. Umi cakap kalau boleh puasa la. tapi i ada satu rahsia, i puasa tadi niat ganti puasa sebenarnya. azam tahun depan ganti puasa awal sikit =.=


ada banyaaaak sangat kelebihan puasa bulan Rejab. nak tahu?


-puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga

-puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat sepanjang umurnya
-puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)
-puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat
-puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur
-puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya
-puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka


okey banyak lagi sebenarnya tapi kita cuba puasa tujuh hari dulu ye, ehem.


hari ini seronok sebab satu rumah puasa, satu rumah bangun sahur (kecuali Mira sebab mungkin dia tidur lambat semalam kot, dengan Sally) and and satu rumah bukak puasa sama-sama. i tak sure apa menu orang lain tapi tadi i makan nasik putih dengan tomyam HOHO sangat heaven (walaupun mahal). kalau macam ini mahu puasa hari-hari la eh eh niat macam terpesong sikit (-___-")


kelas hari ini habis pukul 4.15 sebenarnya tapi Uncle dah tinggalkan kitorang =.= terpaksa habiskan masa dekat Tesco sampaiii 5.40 baru la Uncle datang balik. lepas solat Asar, i dengan Mira match basketball (sebenarnya main dekat arcade je) malaaaang sekali i kalah dengan beliau dua game berturut-turut. sekarang dah malu nak mengaku pernah main basketball masa zaman hingusan dulu-dulu (-___-")


btw hari ini ada satu kisah menyayat hati. macam ini, tadi pergi library sementara tunggu kelas Genetics start konon-konon nak study sikit-sikit. bila bukak bekas spec tiba-tiba tengok spec dah patah, boleh taaaak? =.= pelik kot macam mana boleh patah.


bukan la patah tapi skru tercabut macam mana entah tapi serius sangat menyayat hati sebabnya i memang tak boleh belajar kalau tak pakai spec. dah la Sir Ehsan sekarang mengajar pakai lappy so lagiiii la kena pakai spec kan kan? lagi setengah jam mahu start kelas, i cepat-cepat berlari (berlari ke?) pergi Tesco pergi betulkan spec. nasib baik kakak optometrist cantik bagi free jeee hehe (mungkin sebab i buat muka kesian dia terus bagi free) :D


okey cerita dah habis, sekarang mahu pergi mandi BYE!



No comments: