hari ini puasa lagi, tahniah! heh bukan senang mahu bangun sahur, kejutkan satu rumah, tahan nafsu makan (roti Tesco sangat sedap), kalau puasa buat cara puasa kan kan? kena jadi budak baik hehe tapi tak la baik sangat kot? Hafiz cakap i bising (eh?) abaiiikan si Hafiz sengal =.=
kelas hari ini start pukul 10 habis setengah jam kemudian sebab Miss Nadhrah cantik tak sihat. sekian, itu sahaja kelas untuk hari ini heh boleh taaak? and and ada lab test CS pukul 2.30 sekarang sila teka mana i habiskan berjam-jam lamanya? salah salah, kali ini i tak tidur dekat library lagi sebab hari ini i ikut Hana balik rumah :D
i tak pernah cerita pasal Hana kan? Hana cantik, kulit putih melepak tapi sangat berbeza dengan adik dia, Shasha yang sangat sangat bising cakap tak henti-henti (Mira cakap perangai dia macam i EH?) =.= rumah si Hana sangat sangat la besar dan cantik, bilik dia sangat cool jadi bukan salah i kalau i sangat selesa lepak kat sana dan i orang pertama yang golek-golek atas katil dia sambil mintak pasangkan movie Lindsay Lohan si lesbo, Labor Pain (eh?) HAHA tak senonoh kan kan? nak bahagia kena tak malu sikit (-___-")
lab test berjalan dengan baik, terima kasih kepada Amin yang banyak membantu (walaupun bising). walaupun kadang-kadang i tak faham apa kaitan Microsoft Excel dengan bidang perubatan tapi mungkin i patut iyakan saja cakap Madam Dalina, dia cakap sekarang bidang perubatan dah semakin maju jadi dokter kena tahu semua benda berkaitan dengan teknologi =.=
esok kuiz IS. cakap pasal IS ni, i pernah cerita tak pasal Ustaz kitorang? hari ini ada pulak orang cakap-cakap pasal Ustaz kononnya status 'in a relationship' dekat Facebook? amboiii Ustaz mengalahkan i =.= btw sekarang kitorang belajar bab kahwin, Ustaz macam seronok je setiap kali mengajar? eh eh?
kenapa cakap pasal Ustaz tiba-tiba? (-___-")
hari ini sebenarnya emosi macam kacau sikit sebab i macam terasa sikit-sikit dengan seorang kawan. ingat nak merajuk sampai sekurang-kurangnya tiga hari (Raiyan cakap tak boleh merajuk lebih tiga hari) tapi terima kasih kepada ini, i decided otherwise. kenapa nak serabutkan diri nak marah-marah kan kan? kena selalu gembira (tapi ada batasan), baru ilmu senang nak masuk. eh ada kaitan tak? bedal je la (-___-")
jiran kesayangan i (eh?), Firdaus, is on his way back to Malaysia yeay! heh sebenarnya macam tak guna i nak seronok sangat sebab lagi sebulan (kot) baru la i berpeluang balik ke kampung halaman. tunggu i balik ye, nanti boleh naik basikal sama-sama hehe. oh oh Ida juga, selamat pulang ke tanah air cehceh macam baru balik dari merantau sepuluh tahun =.=
p/s : berdamai okay? :)
Monday, June 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment