Tuesday, April 23, 2013

Bahasa ketiga

Assalamualaikum.


Tadi kelakar. Eh ingat nak tweet je tapi baru teringat kat Twitter ade 27 followers je haha nak share dengan ramai orang makanya gigih update memalam sambil dengar lagu hindustan :')



Tak lama dulu ada terbaca post siapa entah, pasal siapa entah haha kenapa ni benda paling susah dalam dunia adalah nak ingat nama orang tsk jangan ikut perangai ni, kena belajar hargai orang k lepas ni kena hafal nama semua orang T_T Nak dipendekkan cerita haha post tu pasal budak melayu tapi tahu mandarin. Hebat k, ingat senang nak belajar bahasa ketiga.



Haip I kat sini dah tiga tahun takkan tak nak belajar bahasa ketiga kot? Dah la arab setakat tahu beberapa perkataan malu sikit, nasib baik ada tafsir al-quran kalau tak haru baca je tak faham apa-apa T_T



Makanya since few days I start belajar Hindi haha kenapa Hindi kenapa bukan Kannada (dialek kat Bangalore)? Kannada susah k haha serius susah gila rasa tak worth nak belajar setakat nak guna lagi 2-3 tahun kat sini jadi better belajar Hindi at least Hindi ni kira worldwide sikit nak tengok cerita Hindustan tak ada subtitles pun boleh ok over haha.



Haa nak ceritanya, tadi kelakar, ada patient tak tahu English langsung cakap Kannada sepatah-sepatah tapi sebab kitorang dah lama jugak la mingle dengan patients macam ni kitorang macam dah boleh tangkap la apa yang dia cuba nak cakap. So masa patient cakap kitorang angguk angguk la ya faham, haha Dr Nadaf kelakar buat muka terkejut macam nak cakap "Eh macam mana korang fahaammm" haha lepas tu semua berlagak konon faham sebenarnya 1-2 perkataan je faham yang lain main agak je haha.



Ada patient sorang lagi, bila dia tanya tahu Hindi tak? Hindi mellum nehi? I dengan semangatnya "Tora tora mellum he" lolll baru belajar 1-2 sentences nak berlagak, sekali mak cik tu terus cakap Hindi alamak macam mana ni takkan nak mengaku sebenarnya tahu sikit je haha. Ok lain kali tak buat dah :')





No comments: